Sunday, November 15, 2009

Apa Yang Wanita Perlu tahu Tentang Lelaki - Cinta

Rahsia #1....


Fahamilah!... lelaki lebih menyukai perempuan yang bijak, genius dan mempunyai fikiran sendiri, daripada perempuan yang seksi, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau perempuan yang bersinglet di pusat membeli-belah. Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek sex. Namun...jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar!

Rahsia #2....

Lelaki sangat benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya. Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih. Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai sebegitu, ianya seolah-olah wanita itu masih mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam. Jadi...rahsiakan sahaja!

Rahsia #3....

Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun perempuan itu tidak lawa langsung! So, jangan perasan! Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda bagaimana sekalipun lelaki tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.

Anda mahu tahu lagi rahsianya???

Okey, saya beritahu lagi...

Rahsia #4

Lelaki curang??...jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkannya lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan perempuan semua...this is reality!....

Rahsia #5....

Lelaki amat benci dengan wanita yang berlebih-lebih dalam segala hal. Bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mudah rimas dengan wanita sebegini. Jadi bersederhanalah. Dalam Islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.

Mahu lagi??? Okey...saya beri lagi...

Rahsia #6

Lelaki sebenarnya teramat suka apabila susah untuk memikat gadis itu SUKA DALAM DUKA hehehe... Lagi gadis itu menjual mahal, lagi disukainya. Ianya seperti satu cabaran. Lagi hebat cabaran itu, lagilah menarik gadis itu pada pandangan lelaki tadi. Sememangnya, gadis yang masih single/tiada pasangan, dianggap sepi dan tak laku. Seolah-olah tiada cabaran. Yang sudah berpunya itulah yang selalunya menambahkan 'geram' di hati lelaki... Tambah menggeramkan lagi, apabila melihat pasangan gadis itu tidak handsome dan sudah berumur.

Bertambah tarikannya pula sekiranya mereka masih muda atau pun mempunyai tubuh badan yang menarik dan menggiurkan. NAFSU lelaki selalunya begitu, sejak kecil lagi... yang milik orang itulah yang dimahunya. Kalau yang dah berkahwin tu, janganlah! Berdosa besar beb!, dosanya bagaikan meruntuhkan masjid!